Selasa 03 Jun 2025 / 6 Zulhijah 1446
Image

Kunjungan Hormat BPJPM ke Ketua Polis Pulau Pinang

George Town, 6 Mei 2025 – Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Datuk Hamzah Ahmad - Ketua Polis Pulau Pinang hari ini bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

Kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Pulau Pinang atas kesudian untuk menjadi tuan rumah bagi Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 1/2025 anjuran BPJPM yang akan dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Pulau Pinang pada Rabu, 7 Mei 2025 bertempat di G Hotel Gurney, Georgetown, Pulau Pinang

Tujuan Seminar Program Perlindungan Saksi Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengetahuan berguna berkenaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] kepada semua peserta yang hadir, terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan dan pemegang taruh yang berkepentingan di negeri Pulau Pinang. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang, Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang (JPN Pulau Pinang), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKN Pulau Pinang) dan Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang (JIM Pulau Pinang ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pulau Pinang (SPRM Pulau Pinang) dan pelbagai Agensi Kerajaan di Pulau Pinang.

BPJPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Pulau Pinang dan PDRM Negeri Pulau Pinang atas kerjasama yang tinggi bagi menjayakan Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 1/2025.

Semoga kunjungan hormat ini menyimpul jalinan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam menjayakan operasi dan tugasan pada masa akan datang.

Mengiringi Tuan Ketua Pengarah BPJPM semasa sesi kunjungan hormat ini ialah YDH Tuan ACP Skandaguru a/l Anandan @ Ananthurai, Pengarah Cawangan Operasi, YDH Tuan SUPT. Mohd Haide bin A. Rahman, Pengarah Cawangan Siasatan, dan Puan Nur Hidayah Raihan binti Md. Nasir, Pendaftar BPJPM.


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 36

Yesterday 154

Week 190

Month 277

All 81027

Currently are 5 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 30 Mei 2025.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en