22.6.2020 - Selaras dengan 1PP; PB1.3, pemeriksaan bajet 2021 oleh Pejabat Belanjawan Negara (NBO), Kementerian Kewangan telah dilaksanakan ke atas JPM di bawah Maksud Bekalan B.06. Sesi pemeriksaan ini telah diketuai oleh En Mohd Shahril bin Osman, Pegawai Semakan Bajet dan dihadiri oleh wakil Pegawai Pengawal drp Bahagian Kewangan, JPM. Delegasi BP yang hadir adalah seramai lima orang diketuai Ketua Pengarah, Pengarah Pengurusan, Ketua Seksyen (Pentadbiran & Kewangan), Ketua Seksyen (ICT) dan Penolong Akauntan. Misi BP adalah utk memastikan agihan bajet 2021 memenuhi keperluan kritikal dan utama Jabatan.
Terima kasih