Rabu 23 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448
Image
×

kesilapan

The webmaster has forbidden your access to this site

PROGRAM KAYUHAN FASHIONISTA BULAN KEBANGSAAN

15 September 2026, Putrajaya – Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan menerusi Program Kayuhan Fashionista: Bulan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) di bawah portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi (UURI).

Program yang berlangsung di Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 3 ini membawa tema “Dua Sambutan, Satu Jiwa”, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh rasa kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri.

Program ini turut disempurnakan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina Othman Said, yang memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kesetiaan kepada negara melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi.

Turut memeriahkan program, seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah mengambil bahagian dalam kayuhan tersebut. Penyertaan ini mencerminkan sokongan warga BPJPM terhadap inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan warga kerja di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan patriotisme.

Penganjuran Program Kayuhan Fashionista ini diharapkan dapat terus memupuk semangat cintakan negara, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri, selaras dengan semangat sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.




 
PENGLIBATAN DELEGASI BAHAGIAN PERLINDUNGAN, JABATAN PERDANA MENTERI (BPJPM) DI BENGKEL SERANTAU ASIA TENGGARA MENGENAI PERLINDUNGAN SAKSI TAHUN 2026

6 - 9 September 2026, Phuket – Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah menyertai Southeast Asia Regional Workshop on Progress and Best Practices in Witness Protection 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 9 September 2026 di Renaissance Phuket Resort & Spa, Phuket, Thailand.

Bengkel serantau ini menjadi platform bagi negara-negara peserta bertukar pandangan, pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan pelaksanaan program perlindungan saksi.

Penyertaan Malaysia dalam bengkel berkenaan turut memberi ruang kepada BPJPM untuk berkongsi perkembangan semasa negara dalam memperkukuh sistem perlindungan saksi, termasuk usaha pemodenan perkhidmatan melalui pendigitalan proses permohonan dan semakan status penyertaan Program Perlindungan Saksi.

Selain itu, Malaysia turut berkongsi perkembangan dari aspek perundangan susulan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 yang telah dimuktamadkan di Parlimen pada 14 Julai 2026.

PERTUKARAN AMALAN TERBAIK

Antara perkara yang dibincangkan sepanjang bengkel adalah berkaitan amalan terbaik dan mekanisme pelaksanaan program perlindungan saksi yang melibatkan wakil dari Malaysia, Thailand, Australia, Indonesia dan Filipina.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi dan kebolehlaksanaan kerjasama perlindungan saksi merentas sempadan (cross-border witness protection), khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara negara dalam menangani keperluan perlindungan saksi yang melibatkan lebih daripada satu bidang kuasa.

Bengkel turut menampilkan sesi syarahan dan pembentangan oleh pakar akademik daripada Universiti Thammasat, Thailand serta pegawai Australian Federal Police (AFP) berkaitan standard, piawaian dan amalan terbaik dalam perlindungan saksi di rantau Asia.

PENGLIBATAN DELEGASI BPJPM

BPJPM telah diwakili oleh delegasi rasmi yang diketuai oleh YDH Pengarah Cawangan Operasi dan turut disertai oleh Penolong Pengarah Siasatan serta Penolong Pengarah Kanan Teknologi Maklumat.

Penglibatan pegawai daripada bidang operasi, siasatan dan teknologi maklumat mencerminkan pendekatan menyeluruh BPJPM dalam memperkukuh pelaksanaan Program Perlindungan Saksi, selaras dengan perkembangan semasa serta keperluan pengurusan perlindungan saksi yang semakin kompleks.

Penyertaan Malaysia dalam bengkel serantau ini turut membuka ruang kepada pengukuhan jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran dengan negara-negara peserta dalam usaha mempertingkatkan amalan perlindungan saksi di peringkat serantau.

  

 


PERHIMPUNAN BULANAN WARGA UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI

3 Ogos 2026, PutrajayaPerhimpunan Bulanan Warga Undang-Undang dan Reformasi Institusi bagi bulan Ogos 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya, dipimpin oleh YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi serta warga kerja daripada agensi-agensi di bawah Sektor Undang-Undang dan Reformasi Institusi. Kehadiran para pegawai mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik serta menyokong agenda pembaharuan institusi.

Majlis turut menyaksikan pelaksanaan tiga agenda utama, iaitu pelancaran Pelan Strategik Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) 2026–2030, Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU 2026–2030, serta Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Pelancaran kedua-dua pelan strategik tersebut menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh tadbir urus, mempercepatkan transformasi digital dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam sektor undang-undang dan reformasi institusi.

Penganjuran perhimpunan ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perancangan strategik yang mampan, pendigitalan yang menyeluruh serta pengukuhan semangat patriotisme dalam kalangan warga sektor Undang-Undang dan Reformasi Institusi.



SESI BICARA ILMU BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA BHEUU BIL. 2 TAHUN 2026

26 Ogos 2026, Putrajaya – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Sesi Bicara Ilmu Warga BHEUU Bil. 2 Tahun 2026 bertempat di Dewan Saksama, Aras 2, BHEUU. Penganjuran sesi ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh pemahaman warga BHEUU terhadap perkembangan serta pelaksanaan reformasi perundangan negara.

Sesi Bicara Ilmu ini memberi tumpuan kepada empat agenda utama yang merangkumi perkongsian berkaitan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Nur Hidayah Raihan binti Md. Nasir, Pegawai Undang-Undang Gred L12, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM). Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026 dan seterusnya di Dewan Negara pada 22 Julai 2026.

Selain itu, sesi ini turut merangkumi pembentangan berkaitan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 (SOAC). Perkongsian turut melibatkan penerangan mengenai Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU 2026–2030 sebagai panduan dalam memperkukuh perancangan strategik, pendigitalan serta penyampaian perkhidmatan perundangan yang lebih berkesan.

Penganjuran sesi ini diharapkan dapat memperluas pengetahuan dan kefahaman warga BHEUU berhubung perkembangan semasa dalam bidang perundangan, di samping menyokong usaha berterusan ke arah pemerkasaan reformasi perundangan dan peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan awam.




Halaman 1 dari 4

Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 217

Yesterday 244

Week 753

Month 5831

All 156401

Currently are 18 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 22 September 2026.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en